Friday 30 September 2011

cornetto love^,^

 hari ni happy sgt..^_ ^ thanks hubby blikn  syg cornetto love hahahaha rasa love sgt...okey nak d jdikn crita member sy tinggalkn sy  n member si dia pun tinggalkn dia n the end  tinggal kmi bdua ja mkn ptg td pastu lepak2 kat tepi dewan biru..lama da kn xdating camtu ??hihi dulu2 sem1 slalula..masa tu bru lg bcinta so dating je la krja kmi but skg ni da kurng sbb masing2 pun da lebih more in the relation so bila kadang kala tu dpt duduk cmni best gak..nak rapatkn lg la relation tu..cam org bru couple shari lak hahaha but serius..thanks sgt2..awk buktikn kat sy yg awk memng serius dgn hubugn ni..sy ingat apa awk ckp dgn sy smlm n ni hri awk bole duduk layan sy jap..tu pun kira ok da n sy nak ckp sy bahagia :)) love love love you n i alwys miss u my dear husband:*
-shasha-

Thursday 29 September 2011

apabila saya sedang di lamun cinta ...

14 Tanda Anda Sedang Di Lamun Cinta









1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.
2. Anda akan sentiasa merindui dia.
3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan untuk menikmati saat indah bersama.
4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.
5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.
6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.
7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang jer..
8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada dan fikiran melayang hanya ingat kan si dia sahaja.
9.  Setiap saat si dia sentiasa di fikiran anda.
10. Anda akan sentiasa terhidu baunya (kalo badan yang berbau tu tak lah kot….:-) )
11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.
12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.
13. Anda akan menjadi alergik apabila mendengar bunyi handphone anda kerana tertunggu-tunggu panggilan atau SMS dari dia.
14. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.
and memng btul pun smuanya^,^ cuma awk yang perna mbuat sy jadi bgni hehehehe love u my husbnd Dirwansya...:*

Tuesday 27 September 2011

Cara-cara Melayan Suami



Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian.Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri,jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas
kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja
dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari Isnin, Khamis dan Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana
meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya,
sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan
letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar keatas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya.Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.
Akhir kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami. Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya.

Sunday 25 September 2011

wanita


Assalamualaikum.

 nak kongsi sedikit sebanyak tentang kelebihan seorang yang bergelar wanita..
bukan betina tau..
sehinggakan ada hadis dari RASULULLAH SAW untuk dyowang..
selamat membaca ye...

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya(10,000 tahun).

10.Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung diudara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akantinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

"Jadi, janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah".

Buat renungan kita semua.ok... ... "

Friday 23 September 2011

sy bangun dengan perasaan kasih sayang!!!!! hihihi sy ambik kertas putih n mula menulis nama2 yang sy rasa sy syg sgt2 n rapat dgn diri sy sekarang..so inila nama yg ada..
Percy Noel Phillips (late grandaddy)
Jaleha (nenek)
Charles Ronald Phillips@azlan (daddy)
Noraidah bt Ekalali (mummy)
Mohd.Azmeerul (abang)
Ameerul Rashidi (adik)
Nursakilla (adik)
Nurul Tania (adik)
Putri Nur Qamarina (adik)
Dirwansya b. Dahlan (suami)
Sunarti (roomate)
Junainah (housemate)
yana (housemate)
family n kawan2 yg lain^_^......pastu sy tfikir pula nama anak yg sy nak hahahahah buang tebiat...n inila nama yg sy dpt hahahha
Batrisya b. Dirwansya
Alisya b. Dirwansya
Aqasya b. Dirwansya  (hahhahaha sorila hubby nak buang tebiat jap ni)hahahhaha 
and ini pula barang2 yg sy angan2 kn utk miliki satu hari nanti
Rumah yg kecil ja but nice
Kereta pink/hitam
i-pad
kucing kelabu/persian cat (xcukup skg ada 2 ja:( )
i-phone
kamera pink
and yg lain lupa n blum d fikirkn lg hihihi
ok blog masa ni U la jadi meneman sy ye..:) sy baru balik dr kelas walhal kelas da habis 3jam yg lalu.. kpala sy ni cam nak pecah ja..sakitnya cuma Allah ja yg tahu..hari ni spt biasa ke kelas n sblum mula kelas sy da tidur utk beberapa minit..sy xtau knp mcm mayat hidup ja..huhu smpaikn kwn2 kelas tegur dgn muka tkejut..tsha apasl sakit ke..muka pucat sgt ni..nampak sgt la..haaaiiii sy just senyum n just ckp xde apa2la sihat ja..badan da mula longlai2 ni..badan mula panas sejuk da..hati kjap sedi kjap sakit ni..prasan rindu syg mula da..haaiii masalah yg xperna habis:( thanks to kwn sy 2 org ni yg xperna tinggalkn sy walu susa senang..trima ksih krna ada utk sy..mybe klu dorng ni xda apala da jadi dgn sy ni..utk senyum tu skg mrupakn prkara yg sgt susa utk sy lakukn..okey..jap lg nak tido n rehatkn otak yg tlalu berat da ni..manala tau ajal sy tiba time sy tido ni..huhu seram juga siot...Insyallah Tuhan panjangkn nyawa sy krna skg apa yg blaku ada hikmahnya..mybe nak sy jadi sorg yg lebih kuat n xmengalah..xpe sy da biasa wulupun sakitnya ni lain mcm kn but insyallah..klu kita d prlukn lagi sy akn sntiasa ada utk dia but klu sy da d buang sy hnya akn memerhati dr jauh je la(ayat drama ptg la pulak):)) hihi xbole blah!!! da la chow dlu..sy xnak fkir sgt da..cukup penat da ni..arios..tata titi tutu^_^

Thursday 22 September 2011

terima kasih adanya kamu memberi rasa ini...

jika itu yang awak pandang akn sy..spt sy xmhargai awak spt sy brubah hati..spt sy seorg pendusta..awak sy tpana..awk sndiri tau btapa sy syg kn awk..btapa pentingnya awk utk sy..tp jika hal ITU la yg mbuat awk fikir kearah kburukn itu..sy hanya mampu bdiam diri..bukn bdiam krna mgakui ksalahn itu tp sy sedar sy bukn siapa2 dlm diri awk krna sy ikhlas tp awk memandng ke sudut yg lain..sy hnya mampu buat yg tmampu utk bhagia kn awk..sy bkira2 brapa saja la sy mampu buat awk tsenyum bbanding ksakitan yg sy bwa dlm hidup awk..tp bgi sy apa pun yg mlanda dlm hubungn kita ianya adalah pengalaman pahit manis kita bsama..sy tak perna myesal mengenali awk krna awk adala anugerah tindah yg perna Allah swt beri kpd sy..apabila sy brada dlm keadaan ini sy hanya memerlukan seorg utk d peluk dan mnagis spuas2nya..kalu la sy mempunyai hati yg tabah mcm awk kan baik..awk mampu mjauhkan diri dr sy..awk mampu teruskan hidup sharian awk spt biasa..awk mampu mkn minum spt biasa..sy tau walupun awk sakit tp tak semerana spt sy..awk mampu tsenyum bsama kwn awk mugkin tapi sy..apabila sy memandng kwn2 sy sy hanya mampu mnagis..cuma awk mampu buat sy tsenyum,menangis, marah dgn ikhlas..slama ni prasaan sy ttng smua hal adalah palsu smata2..tp awk memberi prasaan sy rasa ikhlas itu..awk la yg tbaik perna sy miliki..mungkin org lain bole ckp 1 pergi 10 yg dtg tp bgi sy..sy da xlayak utk bsama org lain lg..smuanya da jadi hak milik awk dan sy rasa cuma awk yg buat sy bnafas balik..sy tau lps ni MUNGKIN slps beberapa hari bru dpt bckp dgn awk or MYBE juga awk da xnak...sy mampu bdoa sja wak smoga hubugn kita baik2 sja..maaf kan segala ksalahn sy..wlupun sbsar mana pun ksalahn n masalh tu..di mata sy awk la suami yg thebat yg sy milik n sentiasa mbahagiakn sy..terima kasih sayang kerna memberi rasa ini..tidak ada 1 pun buruknya awk dimata sy..:") -shasha-

Wednesday 21 September 2011

thanks^_^

beberapa hari yg lalu acc FB sy yg lama telah d cerobohi oleh seseorg n sy xtau siapa org tu..yang penting post bnda2 xbaik ttng sy...:( sy xtau apa lg sala yg sy buat smpaikn nak buat sy camtu..i try to be nice with anyone but knp ada ja yg nak jatuhkn kita..??okey klu sy tau la siapa org tu sy takkn serang dia sbb sy bukn org camtu..sy cuma nak tau knp nak buat camtu..;/ sy xnak tuduh sesiapa sbb kita xsure pun siapa buat n klu bole sy xnak tau siapa yg buat(pelikkn)hehehe sbb sy xnak membenci org thats all..biarla sy xtau n hopfuly org tu bole la insaf n biar Tuhan je yg balas..while..sy sedar ramai org concern dgn sy n i wana say thanks siapa yg bantu n beri sokongan kpd sy..especially to all my friends yg smpai call hehe n to my husbnd sbb btul2 brusaha utk dpt kn balik FB tu utk sy...terima kasih!!!! sy harap lps ni da2 la bnda camni dtg lg..tak habis lg 1 hal dtg lg 1 hal baru..penat la..biarla sy happy dgn hidup sy ni..sy rasa sy bhak utk happy skg sy rasa hidup sy hampir sempurna..ada kwn2 yg setia..kluarga yg wlupun xspt yg sy harapkn but at least smua org da jump pasangn masing2 n happy with they life n bgtu juga sy...sy mpunyai pasangn yg sgt suportive n pnyayang..otw belajar insyallh utk dptkn khidupn yg lebih baik..smuanya da tersusun n much betr dr dulu..cuma perlu kawal n try utk ptahankn smuanya..bukn sy tdk bsyukur dgn khidupan lalu sy..thanks sgt2 siapa yg bantu sy n ada dgn sy masa sy mula2 btitih d titi,mnaiki tangga dgn kpayahan but evryone nak yg tbaik n sy rasa sekarang sy da jumpa or sampai 1 tahap yg slama ni sy inginkn..so..camna nak ckp ye..sy ttp natasha yg dulu n xperna brubah..sy mohon kbahagian yg ada kini biarla kekal smpai akhir hayat sy..sy nak truskn hidup khadapn n bukn kbelakng lg or di tindas2 sesiapa lg..thanks for all the suport dr dulu smpai skg..itula yg mjadikn siapa natasha charles phillips skg :) thanks to kwn2 sy, family n my husbnd yg byk membantu sy utk brada dlm kbahagian hari ini.. -shasha-

Thursday 15 September 2011

ApaBila ini yAng BerLakU...

ya Allah kenapa sy mempunyai hati yang rapuh..sy tak kuat bila blaku hal sebegini..kekuatan sy hilang bila dia pergi seketika..sy sedar dia la cahaya dlm hidup sy tp sy xperna dpt jadi spt apa yg dia nak..tak layak ka sy utk dia??? xbole ka sy cuba agar sy dpt bsama dia utk selama-lamanya..??kadang-kadang sy fikir baik sy pergi dr terus mnyakiti hati dia tp bagaimna caranya..sy RAPUH dan TAK MAMPU!!!! sy terlalu syg kan dia..sy ingin mjadi kuat,sy nak tunjuk yg sy mampu hadapi ini wlupun hati sy sgt2 sedih n klu bole nak mraung puas2 tp tak boleh..ksedihn ttp tserlah dr wajah sy..mana perginya SAYA yang dulu? seorg yg kuat n xakn biarkn diri sy mnagis utk hal sebegini..dulu sy menasihati kwn2 supaya hidup utk diri sendiri dan bukn utk org lain tp sy sedar sekarng mereka mnagis kerana CINTA..dan sy skg hidup dalam cinta n bila cinta itu ada kita tpaksa mhadapi smua ni...adakah ini d panggil cinta??dia bukanla kekasih pertama sy tp dia adalah cinta pertama sy dan sy nak dia menjadi yang terakhir :'( tiada yang mampu mgantikan dia Insyallah..sbb dia tlah bjaya mgambil tmpat dlm diri n hidup sy..Maafkan atas ketidak sempurnaan saya dan maafkan saya juga kerna sangat mencintai awak...-shasha-
asalamualaikum ada org tak....?? :)) lama tak mjenguk blog ni d sbab kan sy tgh bbhagia dgn bulan madu sy utk beberapa hari ni hahaha xdela sy cuma xda masa nak up date sbb busy ckit dgn aktiviti kat kampus ni yela nama pun student kan..hari ni sy nak kluarkan isu HATI lak..boleh kan...hati pompuan n hati lelaki...bnda ni xada kaitan dgn sesiapa k..its just pandangn n crita2 ja..kenapa pompuan ni cpt sgt mrajuk..cpt sgt sedih but cpt juga merindu pendek kata ego tu kurng tinggila n lelaki lak bila gado je dorng ok ja..mcm nothing happen..adaka dorng xrasa apa2 aa..n knp pompuan pula kna frust menonggeng sampai tertonggeng2 pula...tak faham langsung la...ini dr apa yg sy lihat d sekeliling sy la n most of them smua kes camni la..okey nasihat sy or jgn ckp nasihat la but just a few words from me...kita sbg manusia lelaki n pompuan harusla btolak ansur..even salah but jgnla letak ego tu tnggi melangit,tak tsampai org lain nak mengambilnya..the end of the day hati antara sala 1 juga akn tluka n trasa pula..fikirnya kita xdperlukan or xdisygi lg but hakikatnya..so sapa rugi n untung..lu fikir la sendiri bak kata Nabil kan..pompuan memiliki hati yang sangat lembut walupn kdng2 lelaki ckp cam hati batu but blakngnya ia bukn spt itu..luaran nmpak batu but dlmnya lembut cam agar2..d sini sy ingin memohon maaf la ye klu ada yg trasa n sy juga nak minta sorry jugala kpd sesiapa yg sy telah sakitkan hati...sy xtak bniat but org still akn ckp memng niat sy..nak buat camna klu org da fkir camtu kn so...emmmm okey have a nice day u all...

Saturday 3 September 2011

budak perempuan bodoh....

apala sy nak ckp..sy tersentap...memng dr kecik sy dipanggil banggang, bodoh n sbgainya but nak wat camna kn..tp bila d persoalkn knp sy xpndai jaga sesuatu yg bharga itu???sy hnya mampu mgalirkn air mata..klu la sy pandai mjaga yg bharga itu sy xakn khilangn smuanya dlm hidup sy..sy xakn khilgn keluarga sy, sy xakn khilgn kbahagian ibu bapa sy,...sy memng bodo kn,itula sbabnya sy xdpt nak mempertahankn apa2 pun dlm hidup sy tmasuk kbahagian kluarga sy..klu la sy pandai sy xakn biarkn ibu bapa sy bcerai,sy xakn biarkn adik sy tak bbapa..:'(.. sy memng xbhak dpt yg tbaik utk diri sy sbb jika ada pun yg tbaik dpn sy,sy seorg pompuan bodo ni akn mhancurkn sgala2nya..its me..sy perlu kn seseorg utk mgajar sy face khidupn ni..sy tlalu lemah..sy penat utk tlalu mjadi seorg yg mjaga...sy sebenarnya xkuat utk mjadi seorg kakak yg tabah,seorg kekasih yg sentiasa tsenyum,mjadi seorg anak yg sentiasa dlm kbahagian..sy penat menipu..apa yg sy jaga n pegang akn bkecai..hari ini sy trima pngajaran yg sgt bharga..seseorg telah mgajar sy bgaimana utk njaga brg bharga tu..sy nak cakap camna lg sy btul2 xtau sy seorg budak pompuan yg sntiasa dlm kbodohnnya..sy brusaha mjadi tbaik tetapi kesalahan itu ttp akn berulang..biarla sy lemah d sini sbab smua org pun memndang sy hnya sebagai budak pompuan bodoh...;")...