Thursday, 13 October 2011

Serangga Charlie boleh bawa maut! :O

haa serangga ni la yg sedang bermaharajalela kat hostel kmi skg...dan sbab c charlie ni juga la kami budak2 hostel terseksa akn bisanya yang ya Allah hanya tuhan sja yg tau sakitnya n gatalnya tu..






doktor pun ckp benda ni memng bahaya..msa ak ke klinik dr asmara ckp bnda ni klu xdirawat boleh membawa maut..jgn main2 dgn charlie ni wlupun kecil but besar kesannya kpd si pemangsa...


dan d sbbkan serangga ni..badan da xcantik yela..parut sana parut sini..serangga ni klu kena badan cam melecur n sakit sgt..pastu bila da baik dia punya gatal perrgggg n bila da sembuh dia jadi bekas hitam yg memng mnyakitkan mata utk di lihat...susa paya mummy ak jga badan ni cantik2 dr parut last2 c charlie ni lak spoil kan...skg klu jump c charlie ni meng hilang kesan terus(dilenyek hahaha mak aii kejamnya..bukn ak but roomate ak yg buat)hahhaha sbb dia da geram sgt kat bnda ni hahahah


Kejadian tu buat aku nak explore pasal seranggan skg ak dpt informasi drpd kwn blog kita ni
blog saat ak kau pilih..


So ni antara info yang aku jumpa... :O


Nama Am: Kumbang Rove
Nama Spesis: Paederus fuscipes
Nama tempatan: Semut Semai, Semut Kayap, Charlie (Huih..banyak nama glemer kau rupenye!)



Kesan kepada manusia:

Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai 'pederin' (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya (Wooooo!!!!).  


Persentuhan semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai 'dermatitis linearis', 'paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis', 'whiplash dermatitis' dan sebagainya. Pada September 2002, wabak dermatitis linearis yang disebabkan oleh kumbang rove telah menjangkiti beribu-ribu orang penghuni rumah pangsa dan asrama pelajar di Pulau Pinang (huihhh..memang dia target orang Penang je ke??? Uwaaaa nak pindahhhh!!!).  



Nasihat kepada yang dijangkiti:

Oleh kerana kumbang ini tertarik kepada cahaya pada waktu malam, tutup atau kurangkan penggunaan lampu dan tutup semua pintu/ tingkap semasa epidemik kumbang tersebut. Gunakan jaringan nyamuk yang halus, semburan aerosol serangga, perangkap berpelekat dan sebagainya. Jangan duduk berhampiran dengan cahaya/ lampu, jangan memukul kumbang yang terdapat pada badan, cuma hembus/ tiup untuk menghindarinya. Jika tersentuh dengan kumbang ini, basuh segera kawasan yang bersentuhan dengan sabun dan air. Sesiapa yang mengalami alahan kulit yang teruk mestilah mendapat rawatan perubatan. 


teruk tak teruk charlie ni....emm-shasha-

No comments:

Post a Comment